Wednesday 16 November 2016

Resepi Nasi Hujan Panas dan Lauknya

Tags


Bahan-Bahan

(**)3 - 4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 25 minit kemudian toskan
(**)3 cawan air
(**)4 ulas bawang merah - tumbuk
(**)2 ulas bawnag putih - tumbuk
(**)2 helai daun pandan - simpul
(**)hirisan ketumbar, gajus dan kismis
(**)1 cm halia - tumbuk
(**)1 kiyub ayam maggie
(**)1 cawan susu cair
(**)minyak masak atau butter
(**)pewarna merah, hijau dan kuning
(**)rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)

Cara Masak Nasi Hujan Panas

(**)1. panaskan minyak atau butter kemudian tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau dan masukan daun pandan simpul dan biarkan sekejap

(**)2. masukan kiub ayam dan air. biarkan mendidih kemudian masukan susu cair bersama beras, gaul sebati dan bairkan nasi hingga kering. untuk mengelakan hangit kacau sekali kala

(**)3. selepas nasi sudah kering kecilkan api kemudian buat lubang kecil-kecil menggunakan sudu dan titiskan warna merah. hijau, dan kuning.

(**)4. akhir sekali, tutup periuk supaya nasi masak sepenuhnya dan bila sudah masak gembur-gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus, dan kismis.

(**)untuk lauknya anda boleh menggunakan ayam masak madu, ayam masak merah, atau ikan keli berlada.


EmoticonEmoticon