Friday, 20 January 2017

Cara-cara Untuk Menyediakan Genovese Sos Dengan Pasta [ Resepi Itali ]

Tags

Gambar sekadar hiasan

Cara-cara Untuk Menyediakan Genovese Sos Dengan Pasta [ Resepi Itali ]


[*]Bahan-bahan yang diperlukan :

  • ["]Pasta secukupnya
  • ["]Garam secukupnya
  • ["]Sos:
  • ["]30gm daun basil
  • ["]50gm 'pine nuts'
  • ["]1 ulas bawang putih (buang bahagian tengah dan cincang sedikit)
  • ["]3 keping isi ikan bilis (saya guna yang dalam minyak zaitun)
  • ["]1 biji tomato (belah, buang biji)
  • ["]100ml minyak zaitun
  • ["]30gm keju parmesan
  • ["]Hiasan - sedikit parmigiano (jika suka)




[*]Cara-cara untuk membuatnya :

  • ["]Didihkan air secukupnya untuk merebus pasta.
  • ["]Goreng 'pine nuts' tanpa minyak sebentar (2-3 minit).
  • ["]Masukkan garam ke dalam air mendidih dan rebus pasta. Rebus setakat "al dente" ataupun sedikit keras dengan tutup api lebih awal lebih kurang 1 minit dari yang disyorkan pada bungkusan.
  • ["]Sementara menunggu pasta masak, masukkan semua bahan untuk sos ke dalam pengisar dan kisar sampai hancur.
  • ["]Toskan air dan terus gaul dengan sos.
  • ["]Hidangkan segera dengan parutan parmigiano sebanyak kesukaan anda.
  • ["]Sos ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu dengan diletakkan di dalam botol ditutup permukaan dengan minyak zaitun untuk menghalang basil bertukar warna.

Selamat mencuba guysss..


EmoticonEmoticon