Thursday, 26 January 2017

Resepi Kuih Koci Anak Dara Yang Sedap

Tags


Resepi Kuih Koci Anak Dara Yang Sedap

Bahan-Bahan Yang Diperlukan ialah:

  • [::] 250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa
  • [::] 200ml air
  • [::] 150gm gula melaka
  • [::] 2 sudu besar gula pasir
  • [::] 1/2 biji kelapa parut *putih sahaja
  • [::] 1/2 sudu teh garam
  • [::] daun pisang *dipotong


Bahan-Bahan A yang diperlukan :

  • [::] 300gm tepung pulut
  • [::] 240-250ml air
  • [::] 3 sudu makan tepung gandum
  • [::] 1/2 sudu teh garam



Cara Membuatnya pula ialah:


  • Pertama : Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.
  • Kedua : Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.
  • Ketiga : Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti ini.
  • Keempat : Bancuhkan bahan (A) hingga sebati. Ambil sedikit dan bentukkan ianya bulat. Leperkan bebola ini dan bubuhkan sedikit inti ditengahnya dan bulatkan.
  • Kelima : Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.
  • Keenam : Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.
Selamat mencuba..!!


EmoticonEmoticon