Wednesday 16 November 2016

Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk

Tags


Bahan-Bahan

(**)1 kg ikan tongkol
(**)10 biji cili api
(**)8 gm rempah masak cap bunga rose
(**)3-4 sudu besar cili kering kisar
(**)6 biji belimbing buluh
(**)2 keping asam keping
(**)2 sudu besar gula melaka
(**)garam secukup rasa
(**)1 kotak santan atau air secukupnya
(**)1 pek rempah gulai cap bunga rose - bancuh dengan sedikit air

Bahan Kisar

(**)4 ulas bawang putih
(**)2 hiris lengkuas
(**)10 ulas bawang merah
(**)1 inci halia

Cara Masak Gulai Ikan Tongkol

(**)1. mula-mula bersihkan ikan kemudian rebus bersama garam dan 4 asam keping hingga mendidih atau airnya tinggal setengah.

(**)2. panaskan minyak dalam periuk lain tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga agak garing kemudian rempah gulai dan masak lagi hingga pecah minyak dan harum.

(**)3. selepas tu masukan santan dan kacau hingga pecah minyak kemudian masukan ikan bersama garam secukupnya, asam, dan gula melaka. masak hingga pekat dan merenih.

(**)4. akhir sekali, masukan belimbing buluh dan cili padi, renihkan sekejap kemudian angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas atau nasi terengganu.

(**)bila anda nak ke kelantan jangan hairan sebab pagi-pagi lagi orang kelantan dah makan nasi berlauk kerana memang budaya mereka. bagaimana resepi gulai ikan tongkol yang saya kongsikan mudah kan? sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.


EmoticonEmoticon