Wednesday 16 November 2016

Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap

Tags


Bahan-Bahan

(**)300 gram isi ikan kurau masin atau talang - saya gunakan ikan kurau
(**)10 biji cili padi merah atau hijau
(**)1 camca besar penuh gula melaka2 tangkai daun kari - dilurut
(**)7 - 10 biji bawang merah kecil
(**)10 ulas bawang putih
(**)2 camca besar gula atau secukupnya
(**)secubit garam
(**)cuka secukupnya

Bahan Kisar Kering

(**)1 camca teh halba
(**)1 camca teh ketumbar biji
(**)1 camca teh biji sawi
(**)1 camca teh jintan manis
(**)1 camca teh jintan putih
(**)semua bahan kisar kering digoreng tanpa minyak terlebih dahulu hingga harum kemudian kisar kering hingga halus

Bahan Kisar Halus

(**)1 inci halia
(**)2 camca besar cili kisar
(**)1 inci kunyit hidup
(**)1 bawang besar

Cara Membuat Acar Ikan Masin Kurau

(**)1. potong isi ikan kurau berbentuk memanjang atau saiz sederhana kemudian rendam selama lebih kurang 1 jam tapi ganti selalu air rendaman setiap 20 minit. goreng isi ikan kurau hingga setengah masak dan toskan.

(**)2. panaskan minyak dalam kuali dengan anggaran 1/2 cawan dan tumis bahan kisar halus bersama daun kari hingga naik bau. ketika menggoreng gunakan api kecil dan kacau selalu. selepas tu masukan semua bahan rempah yang dikisar kering tadi dan kacau. masak hingga harum.

(**)3. masukan cuka bersama gula pasir dan gula melaka. kacau hingga rata dan biarkan mendidih. tambah cili padi, ikan masin, bawang putih, dan bawang merah. kemudian gaul hingga rata dan tambahkan sedikit air.

(**)4. masak hingga pekat dan perasakn dengan garam secukupnya dan bila anda ingin agak manis boleh tambahkan sedikit gula. bila sudah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Note:

(**)ketika memasak lebihkan sedikit minyak masa menumis agar acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol.


EmoticonEmoticon