Thursday, 26 January 2017

Cara Membuat Sotong Goreng Telur Masin Yang Sedap.

Tags


Cara Membuat Sotong Goreng Telur Masin Yang Sedap

BAHAN-BAHAN YANG PERLU IALAH:


  • [:] 2 ekor sotong bersaiz besar | dipotong bulat
  • [:] 5 biji cili padi | dihiris
  • [:] 3 ulas bawang putih | dihiris
  • [:] 2 tangkai daun kari
  • [:] ¼ cawan susu sejat
  • [:] 3 biji telur masin | direbus dan ambil kuningnya saja
  • [:] 2 sudu besar mentega
  • [:] Sedikit tepung serbaguna
  • [:] Minyak untuk menggoreng



CARA MEMASAKNYA IALAH:

  • Pertama : Sadur sotong dengan tepung dan goreng garing. Ketepikan.
  • Kedua : Dalam kuali lain, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga garing.
  • Ketiga : Masukkan susu sejat. Apabila ia mula berbuih, masukkan telur masin hancur.
  • Keempat : Apabila kuah memekat, masukkan sotong dan kacau sehingga kering.
Selamat Mencuba guysss.. 


EmoticonEmoticon