Gambar Sekadar Hiasan
Percaya Tak Wujudnya Kes Buli Sebenarnya Berpunca Dari Keluarga. [ Baca Ni..!! ]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Kadang-kadang rasa pelik ada kanak-kanak yang suka buli kanak-kanak lain. Kadang-kadang, baru masuk pra dan darjah satu.
Kalau yang tingkatan 1 memang bersepah kes, terutamanya di sekolah asrama.
Kenapa kanak-kanak boleh jadi begini?
Ada banyak sebab sebenarnya, tapi punca yang paling besar ada dua, iaitu kanak-kanak itu meniru apa yang dilihatnya di rumah, dan yang kedua, kanak-kanak ini kurang perhatian dan kasih sayang.
Sebab yang pertama, ayah dan ibunya secara tak langsung 'membuli' di rumah. Kelakuan kasar menjadi makanan hariannya, bahkan dia sendiri sentiasa dibuli oleh ayah ibu dan abang kakaknya. Kelakuan ini ditiru dan kerana memendam perasaan akibat dibuli di rumah, dia membuli orang lain pula di sekolah.
Kedua, biasanya berlaku akibat keluarga yang berantakan atau kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja. Anak ini sering kurang perhatian, walaupun dari segi material cukup, tapi jiwanya meronta inginkan kasih sayang.
Bila anak kita menjadi pembuli, ia adalah tanda ada sesuatu yang tidak kena di rumah, terutamanya dalam pendidikan anak-anak. Wajib dilakukan muhasabah dan perubahan besar-besaran sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
Kelakuan buli ini tidak akan hilang dan ia akan berterusan hingga anak itu dewasa. Dia akan terus menjadi pembuli, tidak kira di jalan raya atau di tempat kerja.
Jika kita inginkan negara yang bebas pembuli, mulakan dengan menyayangi anak-anak yang ada di depan mata sepenuhnya.
Dipetik dari Facebook Hisham Sharif
EmoticonEmoticon