"Hoi, agak-agak la, ini masjid, bukan rumah, basikal tu jangan la bawak ke situ. Hormat sikit!" Kisah Seorang Pengayuh Basikal
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
Sahabat yang di rahmati Allah..
.
.
Semasa berkayuh patang tadi, di km 80, terpaksa singgah di Masjid untuk ke tandas. Dalam keadaan keletihan, panas dan hendak cepat kerana tidak mahu ketinggalan jauh dari peloton, saya mengayuh basikal sampai ke depan pintu tandas, kawasan itu masih kawasan berkasut.
.
.
Baru sahaja saya turun dari basikal, seorang petugas masjid menegur dengan agak kasar dan kuat, "Hoi, agak-agak la, ini masjid, bukan rumah, basikal tu jangan la bawak ke situ. Hormat sikit!"
.
.
Saya terpinga-pinga hendak memilih respon, antara marah dan malu, akhirnya dalam keadaan sakit perut dan ingin segera, saya meminta maaf, mengalihkan basikal dan segera menunaikan hajat. Hati tetap panas.
.
.
Lama juga saya berfikir mencari rasional, mungkin dia jenis begitu, baru bergaduh dengan isteri, hilang duit dalam MLM dan macam-macam lagi.
.
.
Mungkin silap saya juga, tapi kalaulah begitu bentuk teguran kepada setiap yang melakukan kesilapan di masjid, pasti hati manusia akan jauh untuk bertandang, syaitan akan lebih mudah untuk memujuk di kala emosi sedang panas, apa lagi dimalukan dengan kasar dan di tengah orang ramai.
.
.
Apapun masjid Tunku Sarina tetap terbaik!
.
.
Dipetik dari Facebook Hisham Sharif
EmoticonEmoticon