Sunday, 6 March 2016

Resepi Sup Kaki Ayam Terbaik

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)1kg kaki ayam

(*)7 ulas bawang merah | dikisar

(*)3 ulas bawang putih | dikisar

(*)2cm halia | dikisar

(*)1 uncang rempah sup bunjut

(*)1 kiub pati ayam

(*)4 sudu makan serbuk rempah sup

(*)1 batang lobak merah | dihiris

(*)4 biji ubi kentang | dibelah empat

(*)Sedikit daun sup dan daun bawang

(*)Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

(*)1 biji limau nipis

(*)2 liter air


CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. (*)Masukkan air ke dalam periuk bersama kaki ayam. Rebus sehingga separuh masak.

2. (*)Kemudian masukkan bahan kisar, sup bunjut, kiub pati ayam,serbuk rempah sup, ubi kentang dan lobak merah.

3. (*)Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Biarkan sehingga semua bahan mesra dan kaki ayam menjadi empuk.

4. (*)Hidangkan sup kaki ayam bersama hirisan daun bawang, daun sup dan sedikit perahan jus limau nipis.


EmoticonEmoticon