Wednesday, 25 January 2017

Cara Paling Mudah Untuk Menyediakan Ayam Goreng Popcorn Lazat

Tags


Cara Paling Mudah Untuk Menyediakan Ayam Goreng Popcorn Lazat

#Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:


  • [#] 500 gm dada ayam | dipotong dadu
  • [#] 2 ulas bawang putih| dikisar
  • [#] ½ sudu teh garam
  • [#] ¼ sudu the serbuk lada hitam
  • [#] ½ cawan tepung
  • [#] 2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
  • [#] ¼ sudu teh paprika
  • [#] ¼ sudu teh serbuk lada sulah
  • [#] ¼ cawan mentega
  • [#] 2 biji telur | dipukul
  • [#] 3 cawan minyak masak



#Cara Menyediakannya ialah:


  • [#] Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.


  • [#] Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.


  • [#] Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.


  • [#] Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.


  • [#] Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.


  • [#] Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.


  • [#] Toskan minyak dan sedia un tuk dihidangkan.


Selamat mencuba guyss..


EmoticonEmoticon