Wednesday, 25 January 2017

Cara Paling Mudah Untuk Menyediakan Roti Sosej Lilit Yang Sedap

Tags


Cara Paling Mudah Untuk Menyediakan Roti Sosej Lilit Yang Sedap

Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:


  • 350 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis segera
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur B
  • 125 ml susu cair suam
  • 1 sudu besar minyak
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • 10 batang sosej- direbus sebentar dan ditoskan


Cara Untuk Membuatnya ialah:

Pertama : Larutkan yis bersama susu suam dan gula. Kemudian masukkan tepung, garam, telur dan minyak masak, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.

Kedua : Tutup doh dengan kain lembab atau plastik dan biarkan selama 30 minit hingga mengembang.

Ketiga : Kempiskan adunan di atas papan canai yang di tabur tepung. Timbang 40gm setiap satu dan bulatkan.

Keempat : Untuk doh lilit, gelekkan doh memanjang dan lilitkan pada sosej. Rehatkan selama 15 minit lagi hingga mengembang 2 kali ganda.

Kelima : Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, Dipersilakan share.


EmoticonEmoticon