Bahan-Bahan
(**)250 gram cream cheese
(**)200 ml whipping cream - disejukan (1 kotak kecil)
(**)200 gram biskut - saya gunakan biskut marie
(**)2 - 3 buah mangga - buang kulit dan dikisar isi kemudian potong dadu
(**)100 gram mentega - dicairkan
(**)125 ml air sulam
(**)50gram - 60 gram gula halus
(**)1 1/2 camca besar gelatin halal - saya gunakan NUR
Cara Membuat Kek Keju Mangga
(**)1. hancurkan biskut marie menggunakan food processor kemudian masukan mentega yang sudah dicairkan tadi sedikit demi sedikit sehingga boleh mendapatkan bancuhan yang boleh dikepal.
(**)2. masukan campuran tadi kedalam tin springform berukuran 8 inci atau 20 cm kemudian tekan hingga padat dan masukan ke dala peti sejuk/ freezer
(**)3. sekarang putar cream cheese bersama gula halus hingga menjadi berkrim. selepas tu masukan puree mengga tadi dan putar hingga rata.
(**)4. dalam bekas berlainan putar whipping cream sampai mengembang dan masukan bancuhan keju tadi. gaul campuran tadi hingga rata boleh menggunakan spatula kemudian bila sudah rata ketepikan.
(**)5. air suam bancuh bersama gelatin halal. kacau hingga menjadi jernih dan larut. selepas tu tuang bancuhan kedalam cheese dan kacau hingga rata.
(**)6. masukan 1/2 buah mangga yang sudah di potong tadi dan gaul hingga rata. kemudian tuang kedalam tin yang disejukan kedalam dalam peti sejuk tadi dan ratakan.
(**)7. akhir sekali, simpan kembali ke dalam freezer selam lebih kurang 4 jam dan keluarkan dari tin kemudian hias atasnya dengan baki buah mangga dan kek keju siap dihidangkan.
EmoticonEmoticon