Saturday 19 November 2016

Resepi Biskut Lidah Kucing [Rainbow Cookies]

Tags


Bahan-Bahan

(**)250 gm mentega/ butter
(**)200 gm tepung gandum
(**)175 gm gula kastor
(**)100 ml putih telur
(**)50 gm tepung jagung
(**)1/4 sudu teh emplex
(**)6 warna berbeza (merah, kuning, hijau, biru, orange, purple)
(**)dulang khas lidah kucing - boleh beli di kedai-kedai bakeri, banyak saiz dan harga lebih kurang RM22

Cara Buat Biskut Lidah Kucing

(**)1. siapkan loyang pembakar tapi sebelumnya sudah digris dengan sedikit butter. kemudian ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex dan ketepikan.

(**)2. pukul gula dan butter di dalam mixer hingga berkrim. kemudian masukan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati. masukan juga tepung dan dengan menggunakan spatula kaup balik hingga rata.

(**)3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakan setiap pewarna kepada setiap bahagian. gunakan warna setitik sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yang telah masak.

(**)4. sediakan bag plastik dan masukan adunan berwarna tadi dalam bag plastik untuk setiap warna berlainan. potong hujung bag plastik tadi dan paipkan ke atas loyang tapi ingat jangan paipkan terlampau penuh kerana nanti adunan akan mengembang.

(**)5. akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150'C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. sebelum simpan biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.


EmoticonEmoticon