Monday, 16 January 2017

INFO : Harga Getah Naik RM10 Sekilogram


[!!]Harga getah terus meningkat dengan getah gred SMR20 melepasi paras RM10 sekilogram hari ini, tertinggi dalam tempoh lebih 3 tahun.

[!!]Malah, kontrak hadapan getah di Tokyo meningkat sebanyak 4.7 peratus kepada 307.3 yen sekilogram pada hari ini.

[!!]Jangkaan bekalan yg terhad susulan banjir yang melanda selatan Thailand menyokong harga komoditi itu untuk terus meningkat.

[!!]Pada tengah hari hari ini, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 32 sen kepada RM10.01 sekilogram.

[!!]Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi gred tayar SMR 20 meningkat 55 sen kepada RM10.11 sekilogram.

[!!]Pasaran hadapan getah di Tokyo mungkin meningkat kepada 320 yen (AS$2.80) sekilogram pada suku pertama berikutan pengurangan bekalan, kata Pengurus Pemasaran Thai Hua Rubber Pcl, Korakod Kittipol.

[!!]Output mungkin jatuh sekurang-kurangnya 100,000 tan pada Januari," katanya, demikian mengikut laporan Bloomberg.

Sumber BH ONLINE


EmoticonEmoticon