Sunday 8 January 2017

Kementerian Kesihatan Sedang Menjalankan Siasatan Berhubung 1 Lagi Kes Melibatkan Kanak-Kanak Yang Terpotong Kemaluan

Gambar hiasan


[()] Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung 1 lagi kes melibatkan kanak2 yg terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan secara ramai2 di Sungai Buloh, pada 25 November lepas.


[()] Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata prosedur berkhatan itu meskipun merupakan prosedur yang ringkas, namun komplikasi daripada prosedur berkenaan mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit.


[()] "Smua pengamal kesihatan yg menjalankan prosedur berkhatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kompetensi dan pengalaman yang mencukupi untuk menjalankan prosedur ini.


[()] "Mrk diingatkan bahawa sebarang komplikasi yg terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing2 pengamal kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


[()] Beliau mengulas kejadian yang melibatkan kanak2 lelaki berumur 10 tahun telah dibawa ke Hospital Selayang 2 hari selepas menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya dlm majlis berkhatan beramai2 itu.


[()] Menceritakan kes itu, Dr Noor Hisham berkata ibu bapa kanak2 itu mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anaknya mengalir keluar daripada lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan pada saluran kencing.


[()] "Setelah diperiksa di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, didapati tiada pendarahan aktif di kemaluan seperti yang dilaporkan akhbar.


[()] "Ibu bapa diberi penjelasan oleh Pakar Pembedahan Urologi Kanak2 bahawa rawatan pembedahan seelok2nya dilakukan setelah bengkak surut dan setelah saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar," katanya.


[()] Bagaimanapun Noor Hisham berkata ibu bapa kanak2 itu memutuskan utk mendapat pandangan daripada pakar lain di hospital swasta dan telah menandatangani pelepasan keluar dari hospital atas tanggungan risiko sendiri.


[()] "Pihak Hospital Selayang turut memberi catatan rujukan ringkas bagi menjelaskan status pesakit, selain memaklumkan kepada ibu bapa bahawa mereka boleh dtg semula utk mendapatkan rawatan susulan pada bila2 masa," katanya.


[()] Kejadian berkenaan merupakan kejadian ketiga setelah 2 kes berlaku pada Disember lepas. Kes pertama melibatkan kanak2 berumur sembilan tahun yang bersunat di sebuah klinik di sini pada pertengahan bulan ini dan kes kedua melibatkan kanak2 berumur 10 tahun yang berlaku juga pada bulan ini di sini. – Bernama


Sumber SINAR HARIAN


EmoticonEmoticon