[!!]“Belum pernah saya berasa tenang sebegini sebaik mengucap dua kalimah syahadah bersama dua anak,” kata saudara baru, Antani Thomas Antani Arikam, 55, selepas dia bersama dua anaknya berusia 11 dan 13 tahun memeluk Islam di Masjid Kariah Lukut, PD, semalam.
[!!]Katanya, dia berasa seperti baru dilahirkan, malah terpancar kegembiraan kedua2 anaknya, A T Danishwaran, 13, dan A T Rachel, 11, yg tidak sabar menggunakan nama baru yg dipilih mereka.
[!!]“Danishwaran memilih nama Muhammad Danish dan Rachel memilih nama Nor Shairah manakala saya masih belum memikirkan lagi.
[!!]“Bagi saya, yg penting anak sudah memeluk Islam dan esok (hari ini) kami ke Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan di Paroi, Seremban untuk menguruskan dokumen rasmi.
[!!]“Lebih mengembirakan seorang lagi anak lelaki sulung saya, Veeran Kavearasu, 18, akan memeluk Islam esok (hari ini) di pusat dakwah terbabit,” katanya.
[!!]Beliau yang juga bapa tunggal kepada lima anak berkata, dua lagi anaknya berusia 15 dan 16 tahun masih belum bersedia dan dia sentiasa berdoa semoga pintu hati terbuka.
[!!]Majlis pengislaman tiga beranak itu disempurnakan Ustaz Ebit Lew yang diundang ketika mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kariah Lukut.
[!!]Pada majlis itu, seramai 1,000 jemaah hadir menyertai perarakan sejak awal pagi. Hadir sama, Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor dan Pemangku Pengerusi Masjid, Sahak Ismail.
[!!]Thomas berkata, Danishwaran sekarang bersekolah di tingkatan satu peralihan amat berminat tinggal di asrama bagi mempelajari ilmu agama daripada guru sekolah serta pelajar senior.
[!!]“Anak bongsu saya pula bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lukut manakala anak sulung masih menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekarang dia bekerja sebagai pencuci kereta di Seremban.
[!!]“Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman AST, Seremban. Kalau ada kerja, adalah gaji begitulah sebaliknya. Isteri sudah hampir setahun meninggalkan saya dan anak,”
Sumber MYMETRO
EmoticonEmoticon