Gambar Hiasan
Tips Untuk Mengelakkan Wanita Curang Dari Pakar Kauseling. [ Baca Dan Sebarkan Untuk Kebahagian Bersama..!! ]
Pertama : Berpenampilan Menarik
- [#]Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan utk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampialn kita selalunay berbeza.
Kedua : Menghargai Pasangan
- [#]Hargailah isteri, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.
Ketiga : Waktu Hanya Berdua
- [#]Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh namun waktu romantis hanya untuk anda berdua cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
Keempat : Dapatkan Nasihat Kaunselor
- [#]Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor sekiranya hubungan anda menghadapi masalah yang sukar diatasi. Jika bukan anda berdua yang bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda perlu harapkan?
Kelima : Kehidupan Seks Yang Sihat
- [#]Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin.
Keenam : Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan
- [#]Sekiranya isteri anda curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segalanya terlambat. Jadikan teman-temannya sebagai teman anda sendiri.
Ketujuh : Berwaspada
- [#]Jika anda mengesan isteri anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlaku lebih lama jika dia berasa jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.
[#]P/S : Curang bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.Sama ada bagi suami mahupun isteri. Bawalah berbincang bersama dan nilai semula diri masing-masing. Yang paling penting saling memahami dan saling bertolak ansur. Pastinya rumahtangga anda kekal bahagian hingga ke akhir hayat.
EmoticonEmoticon