Sunday, 27 March 2016

Resepi Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 peket biskut oreo
(*)50gram mentega/butter
(*)200gram whipping cream
(*)250gram cream cheese
(*)yogurt atau susu segar
(*)sedikit gelatin

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Asingkan biskut oreo dari cream yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan dalam kisaran keju nanti.

(*)2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base kek anda.

(*)3. Cairkan sedikkit mentega dan campurkan bersama biskut oreo. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian.

(*)4. Ketepikan dan simpan di dalam peti.

(*)5. Putarkan whipping cream, cream cheese, yogurt/susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi.

(*)6. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran. (2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas).

(*)7. Masukkan sedikit crumbs oreo.

(*)8. Fillings anda telah siap dan boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.

(*)9. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo. Boleh diletakkan jem atau buah-buahan sebagai hiasan tambahan.

(*)10. Biarkan di dalam peti selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan berkrim.


Tip Penting:

(*)2 sudu yogurt/suku cawan susu segar ( hanya bahan tambahan, tak perlu banyak ).


EmoticonEmoticon