Sunday 27 March 2016

Cara Paling Mudah Hindari Sakit Belakang Ketika Tidur

Tags


Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk mencegah sakit belakang ketika tidur.

(*)Perkara pertama yang perlu anda lakukan, pastikan anda meletakkan posisi tubuh yang betul ketika hendak tidur. Ia mampu menghindarkan tekanan pada bahagian belakang badan anda.

(*)Letakkan bantal di bawah lutut ketika anda hendak tidur dalam posisi terlentang. Letakkan bantal di antara lutut jika anda mahu tidur mengiring bagi mempertahankan bentuk tulang belakang ketika anda sedang tidur. Setelah itu, gulung tuala dan ikat pada pinggang (simpul ikatan berada di depan perut).

(*)Sekiranya anda ingin berbaring (dari posisi berdiri) duduklah terlebih dahulu dan topang tubuh anda dengan tangan, Naikkan dan tekuk lutut anda, kemudian barulah anda berbaring.

(*)Jika anda ingin bangun dari posisi terlentang, mengiringkan tubuh anda terlebih dahulu, lalu gunakan tangan untuk menopang tubuh dan turunkan kaki ke lantai.


Take Note!

(*)Tahukah anda, jika baring terlalu lama ia boleh membuatkan tulang anda jadi bertambah kaku. Baringlah secukupnya dan jangan terlalu lama.


(*)Selain memperhatikan beberapa posisi yang boleh mencegah anda daripada sakit belakang ketika tidur, anda juga perlu memperhatikan kualiti yang anda peroleh melalui tidur tersebut. Berikut beberapa tips supaya tidur anda boleh tidur dengan nyenyak, diantaranya:


(*)Hindari pengambilan kafein atau minuman keras sebelum tidur atau sebelah petang.
 

(*)Mandilah air suam beberapa minit sebelum anda masuk tidur kerana ia berfungsi untuk membuatkan otot-otot tubuh anda menjadi relaks.


(*)Lakukan senaman ringkas sebelum masuk tidur tidur.


(*)Letakkan ketulan ais yang telah dibungkus dengan tuala, tuam di bahagian belakang badan anda selama 20 minit.


(*)Hindari pengambilan makanan secara berlebihan sebelum tidur. Ia makan secara berlebihan sebelum tidur. Ia boleh membuatkan tidur anda menjadi tidak lena dan turut menganggu sistem penghadaman.


(*)Di samping itu, anda juga perlu menggunakan tilam yang baik. Tilam yang boleh menopang tulang bekakang dan anda disarankan mengganti tilam setelah lima atau tujuh tahun memakainya. Walaupun tilam yang baik bukan termasuk dalam barangan yang murah, namun untuk kesihatan tulang belakang anda perlu juga mempertimbangkannya.


EmoticonEmoticon