Friday, 3 February 2017

Cara Membuang Serpihan Kulit Telur Yang Masuk Ke Dalam Mangkuk.

Tags


Cara Membuang Serpihan Kulit Telur Yang Masuk Ke Dalam Mangkuk.

[=] Siapa yang tak pernah mengalami situasi pecahkan kulit telur dan serpihannya termasuk ke dalam bekas. Kemudian, berhempas-pulas untuk mengeluarkannya. Puaslah bekas ditonggeng ke tepi dan ke tengah. Tidak juga dapat diambil serpihannya itu.
.
.
[=] Tekstur cecair telur yang licin menyukarkan kita untuk membuang serpihan kulit telur itu. Gunakan kulit telur yang lain *yang besar sedikit saiznya, dan jadikan seperti sudu untuk kaup keluar serpihan telur yang ada dalam mangkuk.
.
.
[=] Kulit telur yang kasar dengan mudah akan menarik serpihan tersebut dan dapatlah anda teruskan memasak dengan tenang. Mudah kan..
.
.
[=] Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share


EmoticonEmoticon