Friday, 3 February 2017

Cara Buat Apam Beras Yang Mudah Dan Sedap.

Tags


Cara Buat Apam Beras Yang Mudah

Bahan-Bahan yang diperlukan ialah:


  • [=] 2 cawan nasi sejuk
  • [=] 2 cawan tepung gandum
  • [=] 2 cawan tepung beras
  • [=] 1 3/4 cawan gula pasir
  • [=] 2 1/2 cawan air
  • [=] 2 sudu kecil yis kering – mauripan
  • [=] Kelapa parut putih dikukus – gaul dengan sedikit garam



Cara Membuatnya ialah:

[=] Pertama : Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.

[=] Kedua : Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.

[=] Ketiga : Masukkan campuran nasi dan gula tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.

[=] Keempat : Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.

[=] Kelima : Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.

[=] Keenam : Angkat dan hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.


EmoticonEmoticon