Tuesday, 10 January 2017

Pemuda Berusia 22 Tahun Yang Mengaku Ketua Gengster Di Cheras Dan Mencabar Anggota Polis Memanggil Ketua Polis Trafik Ke Lokasi Dia Ditahan.



[~]KL: Seorang pemuda Berani menunggang motosikal tanpa memiliki lesen dgn alasan kononnya dia adalah ‘kepala’ gengster di Cheras & meminta ketua polis trafik bertemunya.


[~]Itu tindakan biadab dari seorang lelaki berusia 22 tahun yg berlagak kononnya samseng selain mencabar polis menahannya.


[~]Lelaki itu akhirnya ditahan dalam Op Roda dijalankan sepasukan pegawai & anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, di Jalan Yaakob Latif, di sini, jam 1.15 tengah hari kelmarin.


[~]Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek yg juga pekerja hotel terbabit meninggikan suaranya ketika anggota polis memintanya menunjukkan lesen memandunya.


[~]“Suspek ini memberitahu dia tidak mempunyai lesen memandu.


[~]“Ketika anggota polis mahu mengambil tindakan saman, suspek terbabit memberitahu yg dia adalah ketua gengster di Cheras dan mencabar anggota polis memanggil ketua polis trafik ke lokasi kejadian,” katanya.


[~]Menurutnya, susulan itu, lelaki terbabit ditahan & dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras utk tindakan lanjut.


[~]“Pemeriksaan ke atas gengster acah2 ini mendapati dia memiliki 11 tatu di badan & kes disiasat mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966,” katanya.


[~]Sementara itu, dlm perkembangan lain, Mohd Nadzri berkata, pihaknya juga turut menahan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki kerana menggunakan lampu mata arah, Sabtu lalu.


[~]Beliau berkata, pemandu itu didapati mengekori rapat kenderaan digunakan anggota polis ketika menjalankan rondaan Cegah jenayah di Jalan Syed Putra di sini, jam 10.45 malam.


“Hasil pemeriksaan mendapati, pemandunya tidak mempunyai lesen. Pihak polis kemudian membawa pemandu dan penumpang wanita ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Sumber MY METRO


EmoticonEmoticon