[:]KL: Pelakon popular iaitu Rita Rudaini kecewa kerana video yg dihasilkan utk gurauan peribadi menjadi viral selepas disebarkan pihak tidak yang bertanggungjawab.
[:]Rita berkata, video yg memaparkan dirinya meminta orang masuk meminang itu sebenarnya dihasilkan untuk gurauan dalam kumpulan WhatsApp ahli keluarga seorang artis yang dikenalinya.
[:]“Sebenarnya, video itu hanyalah utk gurauan antara kawan2 saja. Saya langsung tidak memaksudkannya & tak sangka pula ia menjadi viral di laman sosial.
[:]“Saya juga tiada masalah utk memenuhi impian seseorang utk bergurau atau menghantar video utk mereka tetapi mereka perlu peka jika ia membabitkan golongan selebriti.
[:]“Saya kecewa sebab kadang2 perlbagai persepsi orang kepada saya yg memegang status begini (ibu tunggal). Ada orang yg boleh terima video ini sebagai bahan lawak & ada pula yang menghentam saya dgn mendakwa saya sangat terdesak pula,” katanya.
[:]Rita berkata, selepas ini dia akan lebih berhati2 utk menghasilkan video bagi memenuhi permintaan pihak tertentu.
[:]“Saya juga mendapat tahu video itu telah menjadi viral 2 hari yg lalu. Ahli keluarga artis itu sudah pun mengaku perbuatan mereka dan turut memohon maaf pada sy atas apa yang berlaku. Saya juga sudah memaafkan mereka dengan hati yang terbuka,”katanya.
[:]Rita berharap pihak yg terbabit akan lebih berhati2 untuk berkongsi sebarang video berbentuk peribadi demi menjaga hati dan sensitiviti sebelah pihak sebelum berkongsi video itu dgn orang lain terutama di laman sosial.
Sumber
EmoticonEmoticon