[:]Selama 22 tahun namanya pernah dijulang sebagai penyampai radio popular, namun Isma Halil Hamzah dpt menerima hakikat kini zamannya sudah berlalu.
[:]Wajah & bakat baru mula mengisi konti radio & cabaran utk menjadi penyampai radio skrng tidak semudah dulu kerana banyak yg perlu dilakukan utk menghadapi saingan dgn stesen radio lain.
[:]Sebelum ini, Isma yg pernah menetap di Pulau Tioman, Pahang selama setahun memang tidak dapat melupakan kerjayanya sebagai penyampai radio.
[:]Dia kemudian membuat keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur dan memanfaatkan ledakan dunia teknologi dengan membuka radio Internet iaitu Bapakku.FM yang beroperasi 24 jam di kediamannya di Jalan Kent 7 off Jalan Maktab, Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lalu.
[:]Mengingati semula perjalanan kerjaya Isma, dia bermula di Radio Muzik pada 1994 sebelum Rediffusion FM dan THR di saluran Gegar Pantai Timur.
Menurut Isma, Bapakku.FM mampu bertahan sehingga kini kerana ia mudah diakses sesiapa saja kerana penggunaan Internet sudah menjadi satu kemestian kepada semua golongan masyarakat ketika ini.
[:]“Sebenarnya sy dah bangunkan Bapakku.FM ketika saya masih bersama THR Pantai Timur, tetapi radio Internet itu betul-betul beroperasi selepas saya berhenti kerja sepenuh masa sebagai penyampai radio,” katanya.
[:]Ditanya kenapa ‘bapak’ dipilih sebagai nama radio Internet itu, Isma berkata, ia menunjukkan kematangan dari sudut kandungan radio berkenaan.
Segmen yang paling diminati ramai ialah segmen Seram yang bersiaran setiap malam Jumaat mulai jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
[:]“Terdapat dua penyampai di Bapakku.FM termasuk saya untuk mengisi siaran 24 jam sehari. Bagaimanapun, ada segmen yang dirakamkan terlebih dulu.
[:]“Apabila saya pulang ke kampung di Sepang, saya dirikan studio mini di depan rumah dan saya dapat bersiaran tanpa gangguan. Topik perbualan lebih kepada isu semasa, muzik dan tiada langsung berkenaan politik. Saya juga ada lesen MACP dan kebanyakan lagu yang diputarkan adalah rock,” katanya.
[:]Melengkapkan perjalanan tujuh tahun Bapakku.FM, Isma melangkah ke bidang perniagaan produk berasaskan minuman kesihatan dengan menubuhkan Bapakku Marketing yang turut akan mengadakan jerayawara Delmoraa Bapakku.FM ke seluruh negara untuk memperkenalkan produk itu dan pencarian Delmoraa Idol yang akan berlangsung selama enam bulan.
[:]Isma berkata, penyertaan untuk Delmoraa Idol terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Syarat-syaratnya ialah memiliki pelbagai kemahiran sama ada menyanyi, berlakon, mengacara hinggalah mengaji al-Quran.
Sumber Bapaku.FM
EmoticonEmoticon