Tuesday, 10 January 2017

Lima Bahan Ini Mampu Bantu Putihkan Gigi Dengan Segera

Tags


(**)Jika bersih dan putih gigi kita, orang di sekeliling pun akan turut selesa untuk berhadapan dengan diri kita. Seeloknya, amalkan cara ini untuk kembalikan gigi yang putih berseri.

Serbuk Kunyit
(**)Adun satu sudu serbuk kunyit bersama sesudu minyak kelapa dara serta sedikit minyak pudina. Gosok campuran tersebut ke atas permukaan gigi dan kemudiannya gosok gigi seperti biasa. Bukan hanya memutihkan gigi, malah ia membantu mencegah kerosakan pada gigi.

Strawberi Dan Garam Laut
(**)Ambil dua atau tiga biji buah strawberi dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan bersama dua sudu teh garam laut dan gunakan campuran ini untuk menggosok gigi. Gosok selama dua minit dan kumur. Seeloknya, amalkannya dua bulan sekali untuk hasil yang memberangsangkan.

Minyak Kelapa Dara
(**)Sapu minyak kelapa dara ke atas permukaan gigi menggunakan jari sebelum menggosok gigi. Biarkan ia meresap ke dalam gigi selama 10 hingga 15 minit dan berus gigi seperti biasa. Kumur dengan air sejuk. Amalkannya sebanyak tiga kali seminggu untuk hasil yang memuaskan.

Kulit Pisang
(**)Kulit pisang dipercayai mengandungi agen yang mampu menanggalkan plak gigi dan sisa makanan. Gosok permukaan gigi dengan bahagian dalam kulit pisang dan biarkan selama lima minit. Gosok gigi seperti biasa dan dalam masa yang sama amalkan cara ini setiap hari.

Gel Daun Lidah Buaya
(**)Gosok gel daun lidah buaya pada gigi setiap kali selepas memberus gigi. Kemudian kumur seperti biasa. Percayalah yang hasilnya akan ketara selepas dua minggu mengamalkan cara ini.


EmoticonEmoticon