Tuesday 10 January 2017

Cadangan Hukuman Lebih Berat Termasuk Sebatan Perlu Dikenakan Terhadap Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Didapati Terbabit Dengan Kesalahan Salah Guna Kuasa Dan Rasuah.


[##]Hukuman lebih berat termasuk sebatan perlu dikenakan terhadap pegawai perkhidmatan awam yang didapati terbabit dengan kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.


[##]Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dalam kenyataan hari ini berkata amalan rasuah yg melibatkan jumlah wang yg besar dlm kalangan pegawai perkhidmatan awam sangat membimbangkan & merosakkan reputasi perkhidmatan itu serta negara.


[##]Menurut kenyataan itu, pegawai perkhidmatan awam yg telah diamanahkan sepatutnya tidak menyalahgunakan kedudukan & kuasa mereka utk mengkhianati & melakukan pecah amanah.


[##]"Perlu diambil perhatian bahawa terdapat negara2 yg menjatuhkan hukuman mati kepada pegawai2 kanan pekhidmatan awam yg didapati bersalah melakukan rasuah, terutamanya yang memegang jawatan kanan," kata kenyataan itu di sini, hari ini.


[##]Justeru Alumni PTD meminta pihak berkuasa dlm perkhidmatan awam meningkatkan penerapan etika & integriti supaya ia menjadi sebahagian daripada budaya penjawat awam.


Sumber ASTRO AWANI


EmoticonEmoticon