Tuesday, 10 January 2017

Rahsia Kekal Muda di Usia 30

Tags


(**)rahsia untuk kekal muda biarpun sudah mencecah usia 30 tahun.

(**)Kawal stres bagi mengelakkan cela
(**)Seperti yang diketahui, usia 30 adalah momen yang paling mencabar buat kebanyakan wanita dimana anda sibuk dengan perihal rumah tangga, kerjaya dan juga seorang ibu. Stres bukan sahaja menggalakkan kemunculan cela seperti jerawat, malah memberi kesan terhadap keadaan keseluruhan kulit. Ia mencetuskan penghasilan minyak secara berlebihan pada kelenjar kulit yang menyebabkan pertumbuhan cela selain jeragat dan bintik hitam.

(**)Rejim penjagaan wajah
(**)Ambil berat mengenai rejim cucian wajah serta lakukan usaha tambahan dalam penjagaan kulit. Masih ramai lagi antara kalian yang masih tidak tahu keadaan kulit sendiri dan tegar memilih produk yang tidak sesuai. Contohnya, jika kulit anda berminyak, gunakan pelembap wajah dan serum yang bertekstur halus dan meresap dengan baik. Pilih produk bebas sulfat yang membersih secara mendalam, namun tidak membuatkan kulit kering dan tegang. Anda juga boleh menggunakan produk penjagaan khusus untuk anti penuaan sejak usia 25 tahun.

(**)Lindung kulit
(**)Tahukah anda, 78 peratus daripada kesan gelap pada kulit yang terdedah kepada matahari adalah akibat aktiviti yang tidak anda sedari? Contohnya, anda beranggapan dengan hanya duduk di dalam kereta atau berjalan selama beberapa minit sahaja di jalan raya tidak membuatkan kulit anda terdedah secara terus dan serius kepada sinar UV. Kerana itu, adalah penting untuk menggunakan krim tabir suria yang digunakan bersama pelembap wajah dan dioles pada wajah serta leher. Gunakan setiap hari, dalam cuaca panas atau hujan, tidak kira anda di dalam atau di luar rumah. Di usia 30 ini, adalah bagus untuk menggunakan krim tabir suria dengan SPF30 kerana ia bertekstur halus, ringan serta tidak membuatkan pori tersumbat.

(**)Laburkan pada krim terbaik untuk mata
(**)Jangan lupa untuk mengoles krim mata pada waktu siang dan malam. Rawat kawasan sekitar mata ini dengan lembapan yang mencukupi.

(**)Cuci wajah setiap malam
(**)Tanpa sedar, entah berapa kali anda menyentuh wajah dalam tempoh sehari suntuk. Ini menjadikan wajah anda adalah antara kawasan paling kotor pada badan. Adalah penting untuk membersihkan wajah kerana ketahuilah bakteria membiak dengan baik pada kulit berminyak. Kurangkan kulit berminyak dengan cucian bersih, maka anda dapat mengurangkan peluang jerawat tumbuh di wajah. Oh, jangan lupa guna pupur pada waktu malam kerana ia adalah waktu terbaik kulit menyerap kebaikan pupur dan anda tampil berseri keesokan paginya.


EmoticonEmoticon