Gambar Hiasan
[~]Ada ibubapa yg betul2 sygkan anak sampai tak sedar dah buat anak dia jadi 'RAJA'. Disuruh itu, ada alasan. Disuruh ini ada alasan. Pantang disuruh kerja, mcm2 jenis alasan keluar. Ibubapa sampai satu tahap kdg2 nampak mcm 'hamba' kpd anak2. Jgn menyesal ye kalau dr kecik dah dididik mcm nie, siap sedia jadi hamba kpd anak sampai ke TUA !
[~]Banyak kali kita tengok.. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengelap lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan macam2 lagi. Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, & bermain smartphone. Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas & ada yang buat cincai2 sebab terpaksa Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan.
[~]Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa? Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" dari kecil. Mereka tidak diajar untuk memahami kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka & Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka
[~]Alasannya..
"Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."
[~]Inilah yang biasa terjadi dalam kehidupan kita kan..
[~]Klau mcm ni alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua. Dah kahwin beranak pinak pun, bila balik kampung masih nak menyusahkan ibu dan ayah. Ini terjadi dalam dunia masa kini.. Baju suami isteri, anak beranak pun ibu yg basuhkan. Makan suami isteri, anak beranak pun ibu yang masak
Gambar hiasan
[~]Sebaiknya pupuklah mereka sejak dari umur 2 tahun secara perlahan2 dan bersesuaian dgn usia mereka. Bila dewasa kelak, mereka akan mampu berdikari. Usah terlalu kasihankan anak. Jangan terlalu memanjakan anak. Ajar mereka erti susah payah sejak kecil. Ajar mereka tentang kerja rumah. Ajar mereka erti kehidupan. Pupuk kesedaran dalam diri mereka
[~]Yang perempuan didiklah mereka kerja2 mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan. Yang lelaki pula, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja2 perempuan juga, tak salah pun. Malah lebih baik
[~]Biarkan kalau orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut2 yang puaka mereka semua hanya tahu mengata. sedangkan mereka tidak berada di tempat kita. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.
[~]Sumber facebook
EmoticonEmoticon