Wednesday, 11 January 2017

Jaga Hati Isteri Awak, Kalau Awak Nak Rezeki Awak Luas Dan Hidup Awak Aman!!

Tags



[~]Saya hanya nak luahkan apa yang jadi pada diri saya sendiri dan mungkin perkara yang sama yang berlaku kepada isteri2 yanglain di luar sana.
Saya faham kalau suami sekarang- lebihkan telefon pintarnya berbanding dengan isteri2 mereka. Kadang kala, isteri sudah di depan mata, isteri punya lawa, dan wangi depan dia, suami masih lagi sibuk dengan telefon dia.


[~]Lepas itu, yang paling tak tahan, kalau dengan isteri sendiri, cakap kasar2. Tapi bila dengan orang lain, cakap bukan main lembut lagi. Manja saja.
Pelik betul. Kenapa ye suami zaman sekarang tak suka layan isteri mereka baik2? Kadang2, bila isteri tag kat Facebook suami, suami buat tak layan. Bila perempuan lain punya status, punya gambar, bukan main laju saja dia komen cakap cantik lah apa lah.
Bila fikirkan suami ini memang tak pernah puas agaknya. Apa yang mereka nak sebenarnya? Kasihan lah sikit dekat isteri kan?


[~]Saya sendiri ada suami yang suka komen2, cakap manja2 dengan perempuan kat laman sosial. Bila tanya kenapa dan mengapa dia cakap macam tu? Jawabnya dia saja nak bergurau-gurau. Sikit pun tak pandai nak jaga hati isteri dia tu. Lepas itu, tahu nak marah, tahu nak komplen saja bini dia macam-macam. Nasihat saya kepada suami2 yg kat luar sana, sila la cerminkan diri awak semua. Jaga hati isteri awak, kalau awak nak rezeki awak luas, hidup awak aman. Sebab isteri ini punca rezeki awak.


Sumber : facebook Qaisara


EmoticonEmoticon