Gambar Hiasan
#Pertama : Biarkan si dia Ruang Bersendirian
[~]Biarkan pasangan uolsss untuk menyendiri atau membawa diri seketika waktu jika berlaku pertengkaran. Cuba jangan ganggu si suami dalam masa yang terdekat. Beri dia ruang untuk berfikir.
[~]Biar dia berfikir apa punca sehingga terjadinya perselisihan faham berkenaan. Mungkin egonya tidak lama dan kemudian berbaik kembali uolsss. Biasanya lelaki perlukan masa untuk berfikir dan menenangkan fikiran.
[~]Jangan sesekali berleter atau meninggikan suara pada suami uolsss, takut dikhuatiri membuat suami anda jemu melayan kerenah uolsss, atau lebih buruk lagi membuatkannya hilang pertimbangan.
#Kedua : Gembirakan Diri Sendiri
[~]Di kala si suami sedang menenangkan diri untuk menyejukkan hati, apa kata uolsss buang kerungsinganya dgn melakukan aktiviti yg boleh menggembirakan hati kedua belah pihak. Sebagai contoh adalah, membawa anak2 ke taman tema air atau tempat rekreasi.
#Ketiga : Layan Kehendaknya.
[~]Jika si suami nampak melakukan apa2 aktiviti bersedirian, cuba dekati si suami dengan melayan kerenahnya dan apa yg dia minati. Contoh jika pasangan uolsss suka menonton siaran sukan, apa kata uolsss duduk di sebelah si dia dan bersama2 menonton rancangan tersebut.
[~]Uolsss juga boleh cuba memasak masakan yg digemarinya. Pasti suami uolsss lembut hati dari merajuk kerana lelaki suka kepada wanita yg pandai melayan kerenah mereka.
#Kempat : Pujuk dengan Kata-Kata Manis
[~]Kaum lelaki adalah golongan yg jenis suka dipujuk rayu oleh pasangan mereka. Cubalah pujuk suami uolsss dgn kata2 manis seperti panggilan manja, contohnya ‘sayang’,’bushuk’.
[~]Selitkan juga ayat2 jiwang memujuk suami uolsss dan juga bolehkan menyelitkan ayat humors kepada si dia, asalkan yang tidak melibatkan peribadi suami uolsss.
#Kelima : Nyanyikan Lagu Untuk Suami.
[~]Pasti tidak ramai yang pernah melakukan perkara ini untuk memujuk suami bukan? Apa kata uolsss cuba memikat kembali hati pasangan dgn menyanyikan lagu yg mempunyai unsur memujuk, lagu kegemarannya atau lagu yg si dia pernah nyanyikan untuk uolsss ketika mula2 berkenalan dan permulaan bercinta.
[~]Usah pedulikan suara uolsss merdu atau sumbang kerana ia sekadar pujuk memujuk yang hanya melibatkan uolsss dan pasangan uolsss sahaja. Pasti si dia tersenyum lebar dengan sikap yg nampak bersungguh2 untuk memujuknya.
[~]Tidak perlu untuk berkaraoke, memetik gitar atau mengalunkan alunan piano ketika bernyanyi memujuk pasangan. Cukup sekadar menghantar voice message yang melalui aplikasi wechat, whatsapp atau ketika bersebelahan dengan si dia.
#Keenam : Mengalah dan Meminta Maaf
[~]Kaum lelaki terkenal dengan egonya yang tinggi. Jika uolsss yang menjadi punca kepada perselisihan faham itu, lebih baik mengalah dan meminta kepada pasangan. Terangkan kenapa berlaku perselisihan faham dan tanyakan mengapa si dia merajuk dengan nada dengan yang lembut
[~]Jika silap itu bukan dari uolsss sekalipun, apa kata, sekali sekala meminta maaf kepada si suami. Mungkin ia akan membuatkan dia serba salah dan turut meminta maaf kepada uolsss dengan kesilapan yg telah dilakukannya.
[~]Jangan biarkan merajuk pasangan berpanjangan. Dikhuatiri ia akan menjejaskan hubungan dan pasangan. Usah bermasam muka. Berbaik-baik semula dan jalani hidup bahagia uolsss seperti biasa.
Dipersilakan share..
EmoticonEmoticon