Friday, 20 January 2017

Cara Yang Paling Mudah Dan Sedap Untuk Menyediakan Bubur Nasi Ayam ala McD

Tags


Cara Yang Paling Mudah Dan Sedap Untuk Menyediakan Bubur Nasi Ayam ala McD

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • [!!]1 1/2 cawan beras
  • [!!]1 inci halia (dihiris halus)
  • [!!]Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
  • [!!]Sedikit isi ayam (dipotong-potong kecil)
  • [!!]Air secukupnya
  • [!!]1 biji lada merah
  • [!!]Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
  • [!!]Bawang goreng
  • [!!]Ikan bilis goreng
  • [!!]Sedikit minyak bijan


Cara-cara menyediakanya :

  • [!!]Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi, dan untuk 'kuah' bubur. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam. 
  • [!!]Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takot nasi kembang dan kering. 
  • [!!]Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.
  • [!!]Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam. 
  • [!!]Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur. 
  • [!!]Siap. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan. 


Sedikit tips:

[] *1 1/2 cawan beras ni dapat 1 periuk (banyak tu...). Bagi yang nak cuba masak sedikit dahulu boleh la masak dalam 1/2 - 1 cawan sahaja.
[] * Rendamkan beras dengan air terlebih dahulu (dalam 30 min-1jam), selepas itu tumbuk sedikit (separa hancur) supaya beras cepat empuk, cepat lembik dan dapat tekstur bubur yang halus sedikit.

[] Selamat mencuba guysss..


EmoticonEmoticon