3 Rasia Orang Korea Untuk Dapatkan Kulit Cantik, Bersih Dan Gebu Gebas. [ JOM AMALKAN!!]
Assalamualaikum guyss.. kali ni sis nak share rasia orang korea untuk dapatkan kulit cantik bersih dan gebi gebas.. Jom sama2 kita baca dan amalkan..
Yang Pertama : Mereka amat2 menitik beratkan soal kesihatan. Uolsss tahu tak kenapa? Sebab sistem perubatan mereka sangat2 mahal dan tak ditanggung oleh kerajaan. Mereka semua tak mampu untuk jatuh sakit. Jadi mereka banyak bersenam dan menjaga pemakanan. Tak macam orang kita, perubatan disubsidi kerajaan sehingga 95%, ubatan percuma pun seringkali kita bazirkan. Lagi seseorang itu berumur, lagi makan sesuka hati, macam esok tiada bagimu.
Buat pengatahuan uolsss warga emas mereka selalu memenuhi pusat rekreasi utk buat aktiviti.. Contonya memanjat gunung, merentas hutan supaya mereka kekal sihat. Warga emas kita pula sinonim dengan berpenyakit 3 dan 4 serangkai, tak macam warga tua mereka cergas dan sihat.
:
:
Yang Kedua : Dari segi pemakanan; lauk pauk harian mereka jarang yg bergoreng atau bertumis seperti kita. Kebanyakan lauk mereka direbus atau distim. Mereka juga makan nasi seperti kita. Kalau uolsss nak tahu, mereka makan 3 kali sehari termasuk sarapan pagi. Tetapi berbeza dari segi lauk pauk. Lauk kita mengandungi protein sehingga 3 jenis (ayam, daging, ikan) dan hanya satu jenis sayur. Tetapi lauk mereka mereka mengandungi hanya satu jenis protein dan 5 atau 6 jenis sayur bagi setiap hidangan. Dari segi kesihatan dan makanan saja kita dah kalah teruk.
:
:
Yang Ketiganya : penjagaan kulit kita selalunya bermula lambat bila usia masuk 20an; iaitu apabila memasuki alam pekerjaan. Penjagaan kulit mereka pula bermula dari zaman persekolahan. Mereka sangat obses dengan penggunaan sunscreen. Tak boleh keluar rumah jika tak sapu sunscreen. Betullah tu, kerana sinaran UV boleh mempercepatkan proses penuaan.
Penjagaan kulit kita selalunya mengandungi 2 atau 3 langkah; iaitu mencuci muka, memakai toner (kadang ya, kadang tidak), seterusnya pelembab muka. Tetapi penjagaan kulit mereka, paling cincai pun ada 7 langkah:
- Membersihkan muka dari alat solek dengan pencuci berasaskan minyak (cleansing oil)
- Mencuci muka dengan pencuci muka. Mereka amat memberatkan double cleansing.
- Menggunakan toner bagi membuang sisa-sisa alat solek dan pencuci muka. Kulit yang bersih adalah kulit yang sihat.
- Menggunakan esen muka bagi membantu penyerapan pada kulit.
- Menggunakan serum muka. Serum akan memperbaiki kulit dari dalam.
- Meletakkan pelembab muka bagi mengekalkan serum didalam kulit.
- Memakai topeng perawat muka (mask) ataupun topeng tidur (sleeping mask).
Uolsss boleh nampak sendiri betapa licin dan mulusnya wajah mereka. Dari dekat nampak berkilat dan halus. Betul tak??
Orang korea tak perlu untuk hias wajah mereka seperti orang barat yang suka menempek tebal-tebal alat mekap sehingga rupa sebelum dan selepas berbeza 200%. Orang korea menata rias muka dengan tipis dan gemar memaparkan kecantikan asli.
Uolsss nakkan kulit cantik dan sihat macam mereka? Tiada jalan pintas. Jagalah kesihatan dan pemakanan. Lepastu rajin-rajinlah menjaga kulit.
Tak guna kalau kulit putih licin sampai nampak urat hijau dengan menggunakan krim bermerkuri dan berhidroquinon kesudahannya uolsss terlantar di hospital rosak hati dan buah pinggang akibat kesan sampingan krim muka. Dan tak guna juga kulit tegang tetapi badan terbarai akibat tak jaga kesihatan, arteri penuh plak dan lemak tebal 6 inci di badan. Jika sihat pasti cantik. Jika cantik belum tentu sihat. Ini kalau nak jadi cantik lah. Kalau tak nak cantik, tiada siapa paksa pun. Hehehe..
Ok guyss.. lepas ni jom sama2 kita jaga kecantikan dan kesihatan.. Bukan untuk sesiapa pun.. Untuk diri kita juga.. Sekian..
EmoticonEmoticon