Monday, 23 January 2017

Nasi Lemak Anak Dara Dah Viral, Cendol Abang Kacak Pun Dah Viral, Kali Ini Gadis Canti Masak Asam Padas Pula Jadi Vairal.


Nasi Lemak Anak Dara Dah Viral, Cendol Abang Kacak Pun Dah Viral, Kali Ini Gadis Canti Masak Asam Padas Pula Jadi Vairal.


[#]Semenjak gambar seorang gadis yg cantik dan ayu sedang memasak asam pedas viral di laman sosial media, orang ramai mula tertanya-tanya siapakah gadis tersebut bahkan mula menyerbu restoran Dapur Kak Poo.
:
[#]Restoran itu yang dimiliki oleh Faizal Musa Kuti, 32 tahun, dan juga terletak di Jalan Kemboja, Kampung Sulaiman Menteri, Johor Bahru menyajikan pelbagai makanan dan asam pedas merupakan hidangan istimewa di restoran tersebut.
:
[#]Gadis cantik dan ayu yg bernama Razlina Rohaizad itu merupakan rakan kepada pemilik restoran ini dan pihak restoran memilih Razlina sebagai tukang masak asam pedas krn cara masakannya memang terbukti sedap dan enak.
:
[#]“Kami tidak pernah berniat cuba ‘menjual’ paras rupanya. Dlm tempoh 2 minggu beroperasi, kami bersyukur krn gerai dikunjungi lebih lima puluh pelanggan pada setiap hari.
:
:
[#]“Semuanya dgn kuasa media sosial kerana selepas berita gerai makan kami tular, kami tidak menang tangan melayan pelanggan. Malah, sejak gambar Razlinda memasak tular di Facebook (FB), gerai itu semakin dikenali ramai,” -Faizal Musa
:
[#]Antara menu yang popular di Restoran Dapur Kak Poo ini adalah asam pedas ikan merah sehinggakan ia mendapat tempahan daripada golongan VVIP kerana kelazatan asam pedas yang dihasilkan.
:
[#]Menurut Faizal Musa, ada pelanggan yang memborong asam pedas mereka dan 30 hidangan lauk/pauk yg lain kerana tertarik dengan rasa masakan di restorannya itu.
:
[#]Berkenaan Razlina, dia pernah mengusik bahawa kemungkinan jodoh rakan baiknya itu akan tiba tidak lama lagi setelah gambarnya viral di laman sosial media dan dalam masa yg sama mereka berdua mahu berjaya sebagai usahawan terlebih dahulu.


EmoticonEmoticon