Tuesday 22 November 2016

Yang Boleh & Tidak Boleh Bila Membasuh Baju

Tags


Sekarang kedai mencuci baju layan diri sudah ada di mana-mana. Khidmat kedai sebegini lebih convenience, memudahkan untuk sesiapa mencuci baju bila-bila masa.

Tapi saya percaya masih lagi ada yang keliru dengan fungsi ‘butang-butang’ di mesin basuh. Air panas untuk fabrik apa, air sejuk sesuai yang mana.

1. Periksa Simbol Pada Baju

(**)Biasanya setiap baju ada disertakan ‘label’ cara mencucinya. Ada yang boleh dicuci menggunakan mesin, cucian kering sahaja, ada yang tidak boleh direndam dan malah ada yang perlu dicuci dengan menterbalikkannya.

2. Asingkan Baju

(**)Bahagikan baju-baju yang mahu dicuci kepada empat bahagian. Baju yang berwarna gelap, berfabrik lembut, berwarna putih dan juga yang berwarna terang seperti ungu cair, biru cair, kuning air dan lain-lain lagi. Pakaian dalam misalnya jatuh dalam kategori fabrik lembut lagi-lagi yang mempunyai kemasan renda.

3. Periksa Baju

(**)Pastikan tiada apa-apa item di dalam kocek. Jika mencuci denim misalnya lebih elok diterbalikkan. Jika baju atau seluar mempunyai zip, zipkannya.

4. Cucian Air Sejuk

(**)Denim, baju kait (knitwear) atau apa sahaja helaian yang berfabrik lembut elok dicuci menggunakan air sejuk. Air sejuk juga elok digunakan untuk membersih helaian berwarna gelap kerana ia memlihara warnanya dari pudar.

5. Cucian Air Suam

(**)Sesuai digunakan untuk baju-baju putih dan berwarna terang.

6. Cucian Air Panas

(**)Air panas elok digunakan untuk baju yang terkena kotoran degil. Ia juga sebenarnya elok digunakan untuk mencuci tuala mandi atau juga boleh digunakan untuk mencuci kain lap (kain buruk).

7. Pilih Jenis Sabun

(**)Biasanya terdapat tiga jenis sabun pembersih.
– Safe-colour untuk memelihara warna daripada luntur.
– Cucian jenis klorin pula dicipta khusus untuk menjaga ton baju-baju putih. Jangan sesekali digunakan pada baju berwarna kerana ia akan memudarkan warnanya.
– Pelembut fabrik sesuai digunakan untuk fabrik-fabrik tebal seperti tuala agar ia kekal gebu  (fluffy).

8. Penggunaan Mesin

(**)Hanya isi ruang mesin dengan tiga suku baju, usah isi sehingga padat. Ada juga yang mencadangkan, penuhkan mesin dengan air dan biarkan pencuci sebati dengan air barulah dimasukkan baju-baju yang mahu dicuci.

9. Pilihan Putaran (Mesin Basuh)

(**)‘Regular’ atau ‘Normal’ sesuai untuk helaian yang sangat kotor juga kain kapas, linen, denim, tuala dan juga cadar.

(**)Permanent Press pula sesuai untuk fabric kait juga polyester. Pusingannya lebih perlahan dan mengelakkan fabrik daripada berkedut.

(**)‘Delicate’ pula sesuai untuk sutera dan wool juga fabrik jarang seperti baju tidur (lingerie).

10. Cucian Tangan

(**)Penuhkan besen dengan air dan campurkan sabun pencuci. Pastikan kacau sebati sebelum kamu memasukkan baju-baju yang mahu dicuci. Jika tidak terlalu kotor cukup sekadar rendamkannya selama 20 minit. Kemudian bilas dua tiga kali dengan air bersih. Berus jika perlu sahaja.

11. Mengeringkan

(**)‘Regular’ elok untuk baju-baju putih, denim, tuala, cadar dan fabrik linen.

(**)‘Medium Heat’ pula elok untuk baju berwarna dan mengelakkannya warnanya daripada lusuh. Usah gunakan ‘setting’ ini untuk fabrik lembut kerana bentuk baju anda boleh ‘lari’ (berubah).

(**)‘Low Heat atau Delicate’ elok untuk fabrik yang sensitif seperti baju kait.

12. Menjemur Baju

(**)Menjemur baju dengan menggunakan penyangkut baju biasa elok untuk helaian fabrik kapas, poliester, sutera dan apa-apa fabrik yang tidak mengembang. Untuk baju kait seperti fabrik wool misalnya elok dibaringkan saja, jika tidak bajunya mengembang atau bentuknya berubah.


EmoticonEmoticon