Tuesday 22 November 2016

Mulut Berbau? Ini Sembilan Cara Atasinya

Tags


Jadi, usah biarkan masalah bau mulut bermaharajalela kerana takut membuatkan orang disekeliling anda mula tidak selesa dan menjauhi anda lama kelamaan.

Berus gigi dan floslebih kerap

(**)Karang gigi yang terhasil di sekitar celahan gigi memerangkap bakteria dan ini menyebabkan masalah bau mulut terjadi. Makanan yang tersangkut di celahan gigi juga boleh menjadikan masalah ini lebih teruk. Berus gigi anda sekurangnya dua kali sehari dan floss sekali. Jika anda lebih mengambil berat akan perkara ini, lakukannya sekerap mungkin itu yang sebaiknya. Tetapi jangan terlalu kerap sangat kerana jika anda memberus dengan kuat ia mungkin boleh merosakkan struktur gigi anda.

Kumur

(**)Bukan hanya memberikan kesegaran pada mulut anda, ia juga memastikan yang mulut dan gigi sentiasa bersih dari bakteria. Tetapi pastikan yang cecair pencuci mulut anda jenis yang membunuh bakteria kerana ia yang menjadikan masalah bau mulut. Seeloknya pilih perasa daun pudina kerana ia lebih menyegarkan.

Cuci lidah anda

(**)Lapisan putih di atas lidah sebenarnya menjadi punca utama bau mulut. Untuk menghilangkannya, berus lidah anda dengan lembut menggunakan berus gigi. Jika kepala berus gigi anda mempunyai reka bentuk yang besar, seeloknya gunakan scraper khas untuk lidah. Ia mampu membersihkan lidah dari bakteria, lebihan makanan dan sel kulit mati.

Elak makanan ini

(**)Contohnya bawang merah dan bawang putih. Meskipun anda cuba untuk memberus gigi setelah memakannya, bau mulut masih tidak dapat dibendung. Bau bawang yang kuat akan meresap masuk ke dalam saluran darah dan terus memasuki paru-paru anda yang mana merupakan sisterm pernafasan tubuh. Cara terbaik untuk hindarkannya adalah elak dari memakannya atau sekurang-kurangnya jangan makan sebelum anda keluar bersama rakan atau ke tempat kerja.

Berhenti merokok

(**)Bukan hanya menjadi punca kepada pelbagai penyakit, merokok juga boleh merosakkan gusi, membuatkan gigi bertukar kuning dan menjadikan masalah bau mulut. Perokok sejati selalunya mengalami masalah sukar untuk berhenti dari habit ini. Jadi mungkin anda boleh cuba mendapatkan bantuan pakar untuk membuang tabiat merokok ini secara perlahan-lahan.

Kunyah gula-gula berangin

(**)Bakteria dalam mulut anda sukakan manisan. Ia mengubahnya menjadi asid dan sekali gus menjadi punca bau mulut. Seeloknya, kunyah gula-gula getah tanpa gula.

Pastikan gusi anda sentiasa sihat

(**)Penyakit gusi menyebabkan bau mulut. Bakteria akan berkumpul di sekitar poket gigi dan ini akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda mengalami masalah gusi, sebaiknya terus berjumpa pakar gigi untuk menggubatinya.

Pastikan mulut anda sentiasa cukup lembap

(**)Risiko masalah gigi dan bau mulut boleh terjadi jika anda tidak mempunyai air liur yang cukup. Jika mulut anda terlalu kering, sebaiknya minum sebanyak air yang mungkin setiap hari.

Dapatkan pemeriksaan doktor

(**)Jika masalah bau mulut anda masih tidak dapat dibendung walaupun sudah berhabisan usaha, terus dapatkan pemeriksaan doktor. Pakar pasti dapat mengenal pasti punca sebenar masalah bau mulut tersebut.


EmoticonEmoticon