Wednesday, 9 November 2016

Resepi Tomyam Putih Paling Sedap

Tags


Bahan-Bahan

(**)1/2 kg ayam - potong sederhana dan cuci bersih kemudian toskan
(**)4 biji limau kasturi - ambil jusnya
(**)7 batang sweet peas - kerat 2
(**)3 helai daun limau purut
(**)2 ulas bawang putih - hiris halus
(**)3 kuntum cendawan butang - belah 2 setiap 1
(**)2 camca besar sos ikan
(**)10 biji chili padi thai merah - dititik
(**)1 batang serai - ditik
(**)1 biji bawang besar - belah 6
(**)1/2 inci lengkuas - dititik
(**)1/2 inci halia - dititik
(**)1/2 cawan santan
(**)1 batang saleri - kerat
(**)gula dan garam secukup rasa
(**)air secukupnya
(**)1 biji tomato - belah 6

Cara Membuat Tomyam Putih

(**)1. panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. masukan ayam dan masak hingga ayam setengah masak.

(**)2. masukan air secukupnya kemudian masukan halia, bawang besar, serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai. biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.

(**)3. perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.

(**)4. akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, sweet peas, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata. dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.


EmoticonEmoticon