Wednesday 9 November 2016

Resepi Tomyam Ayam Pekat dan Mudah

Tags


Bahan-Bahan

(**)1/4 ekor ayam - potong kecil
(**)3 biji cili padi
(**)4 helai daun limau purut - buang urat daun tengah
(**)2 sudu perencah tomyam
(**)3 batang serai - diketuk
(**)1 biji tomato
(**)pelbagai sayuran - saya gunakan carrot & caulifower
(**)1 biji bawang besar - hiris
(**)1 cm halia - ketuk
(**)1 cm lengkuas - diketuk
(**)air secukupnya
(**)gula dan garam
(**)1 biji limau kasturi
(**)1 sudu susu pekat

Bahan Kisar

(**)4 biji bawang merah
(**)1 - 9 biji cili merah - sesuaikan pedas menurut selera
(**)1 biji tomato
(**)1 batang serai

Cara Membuat Tomyam Ayam Pekat

(**)1. mula-mula panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan harum. masukan perencah tomyam dan gaul hingga sebati.

(**)2. masukan air kedalam periuk dan masukan pula ayam dan bila ayam agak mulai masak masukan lengkuas, serai, daun limau purut, dan bawang besar. halia, dan sayur. biarkan sekejap.

(**)3. perah limau kasturi dan ambil airnya kemudian masukan gula, garam, susu pekat, dan tomato.

(**)4. akhir sekali, bila sudah masak boleh matikan api dan siap dihidangkan bersama nasi putih panas-panas.

(**)bila anda menganggap resepi ini berguna boleh share dengan adik-adik untuk depa plak try masak dan mudah sahaja kan resepi tomyam ayam pekat ini.


EmoticonEmoticon