Sunday, 13 November 2016

RESEPI LASAGNA PEDAS MUDAH UNTUK SI PEMINAT MAKANAN ITALI!

Tags


Bahan:

(**)Sos Marinara segera (tidak kisah jenama apa)
(**)2-3 paket daging cincang
(**)Cendawan butang (dicincang kasar)
(**)Bekas kaserol tahan panas
(**)Garam dan lada hitan secukup rasa
(**)Emping cili (kisar kasar cili kering)
(**)Keju Ricotta
(**)Keju Mozzarella (dicincang kasar)
(**)Keju Parmesan (siap diparut)
(**)2-3 biji kuning telur
(**)Daun parsli segar (dihiris)
(**)Serbuk cabai (Cayenne powder)

Cara:

Inti Daging:

(**)Panas periuk di atas api serdehana.
(**)Tuangkan 3 sudu besar minyak zaitun dan goreng daging cincang tadi sehingga semuanya hancur. (tidak perlu garing)
(**)Masukkan cendawan bersama bahan perasa seperti garam, emping cili dan lada hitam. Gaul sebati. Goreng sehingga naik bau.
(**)Tuang sos marinara sehingga campuran daging teggelam.
(**)Tutup periuk. Biarkan ia masak dan direneh selama 2 jam.

Inti Keju:

(**)Dalam mangkuk bersih, pukul kuning telur.
(**)Masukkan ketiga-tiga jenis keju bersama bahan perasa garam, serbuk lada hitam, serbuk cabai dan daun parsli siap dicincang.
(**)Gaul mesra sehingga semua keju hancur dan memekat sedikit menjadi seperti pes.
(**)Pastikan anda menggunakan keju asli supaya rasanya lebih berkrim dan enak!

Pasta Lasagna


(**)Jerang air untuk merebus kepingan pasta lasagna sehingga lembut.
(**)Anda juga boleh mendapatkan kepingan pasta lasagna segera seperti di dalam gambar di atas.
(**)Pastikan ia tidak terlalu lembik kerana dikhuatiri pecah apabila disusun dalam kaserol nanti.

Cara Menyusun:-

(**)Sediakan bekas kaserol anda.
(**)Tutup bahagian dasar kaserol dengan kepingan pasta lasagna yang telah siap direbus.
(**)Tuang campuran keju di atas pasta.
(**)Seterusnya, lapisakan pula dengan sos daging dengan rapi. ratakan menggunakan bahagian belakang senduk.
(**)Sekali lagi, lapiskan lapisan sos daging dengan pasta diikuti campuran keju serta sos daging sehingga pasta lasagna habis disusun sebelum bahagian paling atas diakhiri dengan sos daging.
(**)Serlahlah rupa lasagna anda dengan taburan keju mozzarella dan parmesan yang akan membuatkan lasagna anda lebih mewah dan sedap! Jangan lupa taburkan sedikit hirisan daun parsli sebagai penyeri dan aroma.
(**)Tutupkan bekas kaserol dengan kertas aluminium sebelum dibakar pada suhu lebih kurang 200 ºC selama 30 minit.
(**)Setelah 30 minit berlalu, alihkan kertas aluminium dari kaserol dan bakar lagi selama 30 – 35 minit.
(**)Jika ia telah bertukar warna lebih gelap keemasan dan menggelegak sedikit.
(**)Siap untuk dinimati panas-panas. Yum!


EmoticonEmoticon