Sunday 13 November 2016

RESEPI KEK PANDAN BERLAPIS JELI

Tags


Bahan-Bahan:

Kek:

(A)

(**)4 biji kuning telur
(**)30g gula kastor
(**)50g minyak jagung
(**)60g susu segar
(**)3 sudu besar pes pandan (dari bahan C)
(**)90g tepung halus

(B)

(**)4 biji putih telur
(**)50g gula
(**)1/4 sudu besar krim tartar

Jeli Pandan:

(C)

(**)200ml santan asli
(**)200ml jus pandan (kisar 15 helai daun pandan muda dengan 200ml air)
(**)100ml air
(**)70g gula
(**)1/2 camca teh garam
(**)6g serbuk agar-agar putih

(D)

(**)60g tepung Hoen Kwe
(**)200ml air

Cara-Cara:

(**)Sediakan Pes Pandan. Potong daun pandan pada bahagian kecil. Letak separuh daun pandan yang telah dipotong ke dalam mesin pengisar bersama 200ml air. Masukkan selebih daun pandan yang telah dipotong dan kisar sehingga konsistensi daun menjadi hancur sepenuhnya. Ceduk dan alihkan 3 sudu besar daun pandan yang telah siap dikisar untuk kek. Masukkan 100ml air tambahan ke dalam campuran daun pandan dan ketepikan ia untuk kegunaan jeli.
(**)Sediakan Capuran Kek. Pukul kuning telur dan gula bersama. Masukkan minyak sedikit demi sedikit. Pukul sehingga semua sebati. Masukkan susu, pes pandan dan gaul lagi. Akhir sekali, masukkan tepung dan gaul sehingga mesra dan sehingga tiada tepung yang berketul. Pastikan campuran kek halus.
(**)Sediakan Putih Telur. Pukul putih telur dengna mesin tangan sehingga menjadi buih dan ringan. campurkan krim tartar dan sambung memesin. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga semua bahan mengembang dan benar-benar ringan.
(**)Campur Putih Telur Dengan Adunan Kek. Tambah 1/3 telur putih ke dalam adunan kek menggunakan spatula atau senduk kayu, gaul putih telur bersama adunan kek dari bawah, tarik ke atas dan tolak ke dalam sehingga semuanya sebati.
(**)Bakar Kek. Tuang adunan ke dalam loyang kek bulat bersaiz 8″. Setelah menuang kesemua adunan, hentak loyang kek untuk sekatakan adunan dan supaya tiada gelembung-gelumbung udara. Bakar selama 35 minit pada suhu 160°C. Setelah tamat, sila cucuk lidi untuk lihat jika kek telah benar-benar masak. Pastikan lidi bersih sebagai tanda kek telah masak dengan sempurna. Alih dari oven.
(**)Setelah sejuk. Potong kek kepada 4 bahagian lapisan sama rata. Jika 4 lapisan tersebut terlalu nipis, cukup untuk potong ia kepada 3 bahagian sahaja.
(**)Sediakan Adunan Jeli Pandan. Kacau ramuan (C) di atas api perlahan. Masukkan sekali ramuan (D) secara perlahan. kacau sehingga jeli pandan menjadi pekat. Alih dari api.
(**)Lapiskan Kek. Dengan menggunkan loyang kek yang sama, tuang adunan jeli pandan pekat ke dalam loyang, ratakan dna pastikan ketebalannya sama dengan lapisan kek yang dipotong awal tadi. Lapiskan bahagian atas jeli dengan satu lapisan kek. Ulang langkah yang sama sehingga bahagian atas sekali turut dilitupi dengan jeli pandan.
(**)Akhir sekali, letak sesuatu yang berat di atas kek agar bahagian keseluruhan kek rata dan cantik.
(**)Boleh taburkan kelapa parut kering di bahagian lapisan jeli paling atas sebagai hiasan apabila telah sejuk nanti.
(**)Setelah diletak pemberat, masukkan ia di dalam peti ais.
(**)Sedia untuk dipotong dan dinikmati ketika sejuk!


EmoticonEmoticon