Sunday 13 November 2016

KETUPAT SOTONG, MAKANAN TRADISIONAL ORANG GANU

Tags


Bahan-bahan

(**)7-8 ekor sotong bersaiz besar – dibuang tulang, pundi dakwat dan dibersihkan. Toskan.
(**)Secawan beras pulut, dibersihkan dan direndam selama 60 minit.
(**)Satu camca teh biji halba.
(**)4  ulas bawang merah  – dihiris halus.
(**)Sedikit halia.
(**)Garam, gula dan serbuk perasa.

Cara-cara memasak

(**)Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan .
(**)Sumbatkan atau masukkan beras pulut ke dalam sotong ( anggaran 2/3 daripada ruang dalam badan sotong) tak boleh disumbat penuh kerana beras pulut akan mengembang.
(**)Gunakan lidi untuk dicucuk pada bahagian atas sotong bagi mengelakkan beras pulut terkeluar.
(**)Panaskan empat atau lima cawan air dalm periuk kosong. Masukkan halba, bawang dan halia ke dalam periuk tersebut.
(**)Apabila mendidih,masukkan sotong ke dalam air rebusan secara tersusun.
(**)Didihkan sehingga 20 minit atau sehingga pulut di dalamnya masak.
(**)Masukkan santan ke dalam periuk berisi sotong tadi. Masak sehingga santan hampir kering barulah masukkan gula dan garam sekucup rasa.
(**)Matikan api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon