Tuesday, 8 November 2016

Resepi Kuih Talam Kacang Merah

Tags


Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah – Kacang Merah

((*)1 tin kacang merah (425 gm – dikisar halus)
((*)225 g tepung beras
((*)50 g tepung kanji
((*)150 g gula
((*)700 ml santan cair + sikit garam
((*)pewarna merah

Lapisan Atas – Santan

((*)1 cawan tepung beras
((*)3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara Membuat:

Lapisan Bawah –

((*)1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.

((*)2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan.

((*)3. Masukkan kacang merah yang dimesin dan kacau rata.

((*)4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas –

((*)1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ini diatas api yang perlahan.

((*)2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dengan garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.

((*)3. Kukus lagi selama 25 minit. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan.


EmoticonEmoticon