Bahan-Bahan:
(**)1 peket agar-agar tali
(**)2 cawan santan kelapa
(**)Gula – ikut suka manis masing-masing
(**)Secubit garam
(**)5 cawan air
(**)1 cawan air daun pandan
(**)3 biji telur
(**)Sedikit pewarna hijau
Cara Memasak:
(**)1. Masukkan air ke dalam periuk bersama-sama agar-agar dan masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.
(**)2. Tambah gula, sedikit garam dan air daun pandan dan pewarna hijau.
(**)3. Semasa agar-agar masih mendidih, masukkan santan yang dipukul dengan telur. Kacau sebentar jangan sampai melimpah keluar periuk. Kacau sebati.
(**)4. Masak sebentar dan bolehlah diangkat letak dalam acuan kegemaran anda. Biarkan sebentar.
(**)5. Sejukkan dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong. Hidangkan.
EmoticonEmoticon