Monday, 7 November 2016

Resepi Kek Milo Bajet

Tags


Bahan-Bahan:

(**)4 sudu besar milo
(**)4 sudu besar susu segar
(**)4 sudu besar tepung gandum
(**)1 sudu teh baking powder
(**)1 biji telur
(**)4 sudu besar gula halus
(**)1 sudu teh esen vanilla
(**)choc rice dan choc chip untuk hiasan
(**)2-3 biji mug atau ramekin – yang boleh dibakar dalam microwave

Cara Membuat:

(**)1. Mula-mula campurkan baking powder dan tepung gandum kemudian ayak sampai rata.

(**)2. Selepas itu masukan milo, susu, minyak jagung, baking powder, gula halus, vanilla, tepung dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian kacau hingga rata.

(**)3. Siapkan ramekin atau mug kemudian tuangkan adunan 1/2 atau 3/4 bahagian mug sahaja. Ini kerana bila dibakar adunan akan tumpah dan kembang. Kemudian taburkan hiasan choc rice dan choc chip diatasnya.

(**)4. Bakar dalam microwave selama 3 minit kerana bila lebih masa ianya akan sedikit keras. Kalau tidak ada microwave boleh gunakan oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit dalam oven.


EmoticonEmoticon