Monday, 7 November 2016

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Tags


Bahan-Bahan:

(**)300 gram ayam – bahagian dada

(**)2 ulas bawang putih – hiris nipis

(**)2 senduk minyak masak

(**)4 batang kacang panjang – potong 2 inci

(**)1 biji bawang merah – hiris nipis

(**)1 biji cili merah – hiris nipis

(**)1 sudu kecil serbuk kunyit

(**)1 biji bawang besar – hiris nipis

Cara Memasak:

(**)1. Potong dada ayam menjadi kiub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perapkan selama lebih kurang lebih 5 minit.

(**)2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam menggunakan api besar. Kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. Selepas itu, masukan bawang merah & bawang putih dan teruskan mengacau.

(**)3. Bila ayam dah hampir masak, masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. Taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. Angkat dan hidangkan.


EmoticonEmoticon