Monday, 7 November 2016

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Tags


Bahan-Bahan:

(**)2 keping dada ayam – hiris nipis
(**)4 biji cili padi – diketuk
(**)2 sudu makan cili kering kisar
(**)2 helai daun limau purut
(**)2 ulas bawang merah – dihiris
(**)2 ulas bawang putih dihiris
(**)1 biji cili merah – dihiris serong
(**)2 sudu makan sos cili
(**)2 sudu makan sos tomato
(**)1 sudu makan sos tiram
(**)1/2 inci halia – hiris halus
(**)1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
(**)1/2 cawan air
(**)sedikit garam
(**)sedikit kicap manis

Bahan Sayuran –

(**)2 biji putik jagung – dihiris
(**)2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
(**)bunga kobis – dipotong kecil
(**)1/2 biji karot – dihiris memanjang

Cara Memasak:

(**)1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Selepas itu toskan dan ketepikan.

(**)2. Tumis pula bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

(**)3. Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

(**)4. Masukkan serai, air, dan daun limau purut. Tambah sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. Kemudian, masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. Selepas itu masak sampai sayur tadi agak empuk.

(**)5. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


EmoticonEmoticon