Bahan-Bahan:
(**)1 ekor ayam – lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
(**)3 biji tomato belah 4
(**)2 sudu besar sos cili
(**)2 kuntum bunga lawang
(**)60 ml santan
(**)1 batang kulit kayu manis
(**)250 ml air
(**)gula secukup rasa
(**)garam secukup rasa
(**)minyak untuk menumis
Bahan Hiris –
(**)5 ulas bawang putih
(**)3 ulas bawang besar
(**)2 cm halia – dihiris jadi 3 keping
Bahan Kisar Halus –
(**)5 ulas bawang putih
(**)5 ulas bawang merah
(**)20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudian dikisar
(**)4 biji bawang besar
(**)2 cm halia
Cara Memasak:
(**)1. Panaskan minyak dalam kuali. Selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu dan harum. Kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
(**)2. Masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
(**)3. Selepas itu, bila sudah pecah minyak masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
(**)4. Masukkan sedikit air dan santan, ikut kepekatan kuah yang anda mahu. Selepas itu masukan garam, sedikit gula dan tomato.
(**)5. Masak kembali hingga pecah minyak. Bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. Bolehlah tutup api.
(**)6. Angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Selamat mencuba.
EmoticonEmoticon