Bahan-Bahan:
(**)1 paket tepung pulut
(**)1/2 cawan tepung beras
(**)2 1/2 cawan air daun pandan
Bahan Inti –
(**)1 biji kelapa parut muda
(**)Gula melaka secukupnya
(**)Air secukupnya
Cara Membuat:
(**)1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
(**)2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper (seperti dalam gambar). Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
(**)3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
(**)4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
(**)5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
(**)6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.
EmoticonEmoticon