Monday, 18 July 2016

RESEPI PENCUCI MULUT BUBUR CHA CHA

Tags


Bubur Cha Cha (Hidangan untuk 2)

Bahan-bahan

(**)200g kentang
(**)200g keladi
(**)400ml air
(**)daun pandan
(**)garam secukup rasa
(**)1 pek 200ml Santan kelapa Ayam Brand™

Mengukus

(**)Boleh pilih untuk cara tradisional ataupun menggunakan periuk tekanan untuk mengukus keladi dan kentang sehingga lembut tetapi kekal bentuk kuib yang asli.

Campuran

(**)Semasa menantikan keladi dan kentang siap, campurkan setengah santan dengan air, garam, gula dan daun pandan dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Keluarkan kentang dan keladi dari pengukus dan tambahkan ke dalam campuran. Didih dan kacau selama 2 minit. Tambahkan santan yang selebihnya untuk mengekalkan aroma, kacau sekali lagi dan hentikan didihan.

Cara Hidangan

(**)Hidangkan dengan segera ke dalam mangkuk. Jika anda sukakannya sejuk, letakkan sedikit ais.


EmoticonEmoticon