Cara penyediaan Bulgogi
(**)1kg hirisan nipis daging lembu bahagian atas
(**)1 biji bawang kecil dicincang kasar
(**)1 biji pear Nashi, dikupas dan dibuang biji
(**)6 ulas bawang putih, dikupas
(**)½ cawan kicap
(**)2 sudu besar gula kastor
(**)2 sudu besar madu
(**)1 sudu besar minyak bijan, 2 sudu besar minyak bijan untuk menggoreng
(**)¼ cawan air sejuk
(**)1 sudu besar bijan bakar
Cara penyediaan Wrap
(**)6 Korean sesame leaves (perilla)
(**)3 cawan salad dicincang
(**)3 cawan kimchi, dihiris
(**)1 cawan mayonis Jepun
(**)2 cili hijau dihiris nipis
(**)6 Mission garlic wraps
(**)1. Untuk bulgogi, kisarkan bawang, pear Nashi, bawang putih, kicap, gula, madu dan 1 sudu besar minyak bijan, jadikan ianya pes. Pes tadi diletak pada daging lembu dan dibiarkan semalaman.
(**)2. Panaskan minyak bijan dalam kuali goreng yang besar dan goreng bulgogi dalam kelompok sehingga sebati dan empuk. Tabur sedikit bijan.
(**)3. Untuk menghidang, letakkan daun bijan pada setiap bungkus dan atas diletakkan salad, kimchi, mayonis dan cili. Balut dan hidangkan.
EmoticonEmoticon