Sunday, 24 July 2016

Resepi Mee Goreng Basah

Tags


Bahan-bahan:

(**)600g mee kuning
(**)2 ekor sotong
(**)6 ekor udang basah
(**)3 pokok sawi
(**)1 sb pes lada kering
(**)2 sb minyak masak
(**)1/2 sb sos tiram
(**)4 sb sos tomato
(**)1/2 sb kicap pekat
(**)3 cawan air panas
(**)3 ulas bawang putih
(**)garam, gula & ajinomoto

** lada jeruk **

(**)cuka
(**)gula & garam
(**)lada besar hijau

Cara-cara:

(**)1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
(**)2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
(**)3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi air panas. Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul-gaul sekejap, bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata
(**)4. Alihkan mee kuning dari kuali, jangan biarkan dalam kuali, air mee akan kering. Makan panas-panas bersama lada jeruk, taburkan dengan daun bawang & bawang goreng.

Lada jeruk

(**)Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sebab boleh simpan dalam peti sejuk.


EmoticonEmoticon